Wednesday, March 30, 2011

Renungan Bersama..


''I'm suffer''


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kpd anak muridnya.
'Berapa beratkah air ni'?
''10 ml!'' ''15 ml!'' ''50 ml!'' ''100 ml''
Murid-murid menjawab.
Bagus ! tapi saya sendiri x pasti berapa berat air ni krn sy x menimbangnya. Ok, bagaimana kalau sy memegang gelas ini selama seminit?
''Tiada apa-apa!'' Murid mnjawab.
Kalau sy memegang selama setengah jam?
''Tangan lenguh!'' Murid mnjawab,

Ok. Adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
''Tidak!'' Murid mnjawab.

Ok. Bagaimana pula kalau sy memegang setengah hari?
''Tangan cikgu blh kebas dan kena hantar ke hospital krn lumpuh'',
salah seorang murid mnjawab diikuti dgn gelak ketawa satu kelas.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

Guru tersenyum, ''Bagus! Hmm bagaimana pula kalau sy pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?''
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok. Kalau mcm tu bagaimana nk mengelakkan sy dimasukkan ke hospital?

''Lepaskan saja gelas itu!''

Ya, itulah jawapan yg sy cari. Begitulah ibarat dgn masalah yg kita hadapi.
Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dlm masa yg singkat tp kalau masalah itu dibawa ke satu masa yg lama, ianya akan mnjadi berat walaupun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalh yg kita hadapi tu jgnlah dibawa,segala masalah hendaklah diselesaikan
atau dilupakan selewat2nya sebelum kita tidur supaya masalh itu x menghantui kita keesokan harinya.
Jadi, pada setiap pagi kita bangun, otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dgn lbh ceria dan penuh semangat.
Ini dpt mengelakkan stress dan kemurungan yg silap2 blh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.
Ingat...

''Lepaskan sahaja gelas itu!''
~selawat~


No comments:

Post a Comment