Wednesday, March 30, 2011

Hadapilah Dengan Senyuman...


Hadapilah satu suratan yg diberikan ke atas kita dgn senyuman.. =)

Dlm kehidupan kita ini, kita sering diberi pelbagai pilihan utk memilih sesuatu perjalanan kehidupan.

Sering saja kita terasa
 ada kesilapan dlm mencari sesuatu yg diinginkan.

Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan.

Mana mungkin kita dpt undur kembali masa itu dan mbuat kembali pilihan yg TERBAIK seolah kita mampu mengubahnya, mampu utk mncraknya sesuai dgn kemahuan kita. Tidak percayakah kita pd Rukun Iman, Percaya pada Qada' dan Qadar....

Semua org pernah melakukan kesilapan masa lalu,  kadang kesilapan dlm memilih satu keputusan yg berat yg telah mengubah masa hidupnya..

kadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya.. x perlu aku bicarakan apa kesalahan @ kesilapan seseorang itu...

Yg mana kini, berdiri  kita sekarang adalah dlm realiti, bukan bayang-bayang sendiri..

Manusia yg takutkan realiti kini tempat berdiri umpama seorang yg tiada pegangan diri dan mengejar impian.
Berhentilah menangisi sesuatu suratan yg berlalu. Pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Usah dikenang salah lama dan terus menghantui masa depan..

Manusia mungkin menghadapi berbagai mcm kesulitan selama satu hari penuh. Namun, apapun kesulitan tersebut,
 hendaklah ia
 berkeyakinan kpd Allah dan berfikir bahawa Allah menguji
kita dgn sesuatu yg kita kerjakan dan fikirkan dlm hidup di dunia.

 Ini adalah kenyataan yg sangat penting yg seharusnya x pernah kita lupakan sekejap pun..
 
Senyum mcm saya  =)

Hadapilah dgn SENYUMAN.. walau di dlm masih tersirat derita atas suratan lalu.. sekurang-kurangnya kita masih ada IMAN..

Dan percaya, yakinlah, kita hanyalah hambaNya.. kita hanyalah merancang tapi sebaik-baik perancangan dr ALLAH..

Renungan Bersama..


''I'm suffer''


Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kpd anak muridnya.
'Berapa beratkah air ni'?
''10 ml!'' ''15 ml!'' ''50 ml!'' ''100 ml''
Murid-murid menjawab.
Bagus ! tapi saya sendiri x pasti berapa berat air ni krn sy x menimbangnya. Ok, bagaimana kalau sy memegang gelas ini selama seminit?
''Tiada apa-apa!'' Murid mnjawab.
Kalau sy memegang selama setengah jam?
''Tangan lenguh!'' Murid mnjawab,

Ok. Adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
''Tidak!'' Murid mnjawab.

Ok. Bagaimana pula kalau sy memegang setengah hari?
''Tangan cikgu blh kebas dan kena hantar ke hospital krn lumpuh'',
salah seorang murid mnjawab diikuti dgn gelak ketawa satu kelas.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

Guru tersenyum, ''Bagus! Hmm bagaimana pula kalau sy pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?''
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok. Kalau mcm tu bagaimana nk mengelakkan sy dimasukkan ke hospital?

''Lepaskan saja gelas itu!''

Ya, itulah jawapan yg sy cari. Begitulah ibarat dgn masalah yg kita hadapi.
Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dlm masa yg singkat tp kalau masalah itu dibawa ke satu masa yg lama, ianya akan mnjadi berat walaupun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalh yg kita hadapi tu jgnlah dibawa,segala masalah hendaklah diselesaikan
atau dilupakan selewat2nya sebelum kita tidur supaya masalh itu x menghantui kita keesokan harinya.
Jadi, pada setiap pagi kita bangun, otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dgn lbh ceria dan penuh semangat.
Ini dpt mengelakkan stress dan kemurungan yg silap2 blh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.
Ingat...

''Lepaskan sahaja gelas itu!''
~selawat~


Tuesday, March 29, 2011

HARGAILAH INSAN YANG MENYAYANGIMU




Dunia ini x selalunya indah. Itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Adakalanya kita berada di dalam kesenangan,ada masanya pula kita akan berasa kesusahan.

Yg lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dlm masa yg singkat saja dan kesusahan dirasa dlm masa yg agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga utk menyayangi dan menghargai. Tapi, sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa utk menghargaiNya buat masa yg panjang ataupun buat selama-lamanya.

Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tapi benar2kah kita menghargaiNya??


Hargailah insan yg menyayangimu walaupun Dia bukan insan yg kamu pilih utk disayangi krn Dia juga mempunyai hati dan perasaan utk dihargai.

Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yg kamu beri, cukuplah sekadar menjaga hati dan perasanNya. Sesungguhnya, ia lebih bermakna drpd wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yg hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yg sering kita dengar, tp adakah kita benar2 menghayatinya???

Tidak jawapannya utk jangka masa yg singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tp bersyukurlah jika kita diberi ingatan yg kukuh mengenainya.

Kasih syg seseorg bukan barang atau objek utk dimainkan, tp ianya adalah satu kurniaan tuhan yg perlu kita hargai dan hormati. Tp bukanlah kita perlu berlaku hipokrit atau berlakon semata2 utk menghargai seseorg.


 
Hargailah dan hormatilah Dia dgn seikhlas hati kamu. Jgn sesekali menyakiti hatinya krn sudah pasti Dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah utk kita lalui, tambahan pula dlm membina sebuah perhubungan.
Antara dua insan pasti ada yg ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yg menyayangimu sentiasa. Jgn sesekali melukakan hatiNya krn dia insan yg patut kamu hargai.

Entri ini adalh sekadar bingkisan sebuah hati drpd seorg insan yg ingin rasa disayangi dan dihargai. Sesungguhnya insan ini amat menyayangi diri Mu.