Tuesday, March 29, 2011

HARGAILAH INSAN YANG MENYAYANGIMU




Dunia ini x selalunya indah. Itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Adakalanya kita berada di dalam kesenangan,ada masanya pula kita akan berasa kesusahan.

Yg lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dlm masa yg singkat saja dan kesusahan dirasa dlm masa yg agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga utk menyayangi dan menghargai. Tapi, sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa utk menghargaiNya buat masa yg panjang ataupun buat selama-lamanya.

Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tapi benar2kah kita menghargaiNya??


Hargailah insan yg menyayangimu walaupun Dia bukan insan yg kamu pilih utk disayangi krn Dia juga mempunyai hati dan perasaan utk dihargai.

Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yg kamu beri, cukuplah sekadar menjaga hati dan perasanNya. Sesungguhnya, ia lebih bermakna drpd wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yg hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yg sering kita dengar, tp adakah kita benar2 menghayatinya???

Tidak jawapannya utk jangka masa yg singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tp bersyukurlah jika kita diberi ingatan yg kukuh mengenainya.

Kasih syg seseorg bukan barang atau objek utk dimainkan, tp ianya adalah satu kurniaan tuhan yg perlu kita hargai dan hormati. Tp bukanlah kita perlu berlaku hipokrit atau berlakon semata2 utk menghargai seseorg.


 
Hargailah dan hormatilah Dia dgn seikhlas hati kamu. Jgn sesekali menyakiti hatinya krn sudah pasti Dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah utk kita lalui, tambahan pula dlm membina sebuah perhubungan.
Antara dua insan pasti ada yg ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yg menyayangimu sentiasa. Jgn sesekali melukakan hatiNya krn dia insan yg patut kamu hargai.

Entri ini adalh sekadar bingkisan sebuah hati drpd seorg insan yg ingin rasa disayangi dan dihargai. Sesungguhnya insan ini amat menyayangi diri Mu.

No comments:

Post a Comment