Monday, June 13, 2011

sinar yg ku cari

SINAR KEBAHAGIAAN
             kadang2 terasa sepi hdp ni..kdg2 terasa sakit hati ni..dan kdg2 hati ni terasa cemburu melihat kebahagiaan org lain. hati ini selalu bertanya knapa hidupku x sperti org lain..punya keluarga yg bahagia..kereta yg mewah..duit yg bnyak..yaaa..mmg duit bkn segalanya, tp segalanya memerlukan duit..


           hati ini selalu meronta melihatkan kehidupan ku yg tidak 'sesempurna' org lain..mengapa aku? mengapa aku yg diuji sebegini? mengapa aku yg harus terima semua dugaan ini..? tiada jawapan utk soalan itu..aku terdiam seketika..cuba utk memujuk hati yg sdg 'sibuk mengeluarkan plbagai soalan'..aku sudah letih dgn semua ini..letih memikirkan plbagi masalah yg melanda diri..letih mncari 'sinar kebahagiaan' yg ku nanti2kan..


            kdg2, sifat putus asa menguasai diri..tp ak cuba utk bangun..bangun dan terus bangun utk ke sekian kalinya, semata-mata mengharapkan 'cahaya' itu menyinari hidupku..hatiku mula berbisik kembali,bilakah masa itu aka tiba? aku terdiam..kaku..


            fikiran 'jahat' mula menguasai diri..aku sajakah yg diuji begini? aku sja kah yg mpunyai masalah sebegini? ALLAH x sayang aku..ALLAH x adil..knpa dia uji aku mcm ni..aku hanya insan yg lemah..ALLAH x patut buat aku mcm nih..diam..dan terus membatukan diri..


              seolah2 terjaga dr mimpi yg pnjang..aku bangun mengambil wudhuk..mengerjakan solat dan terus menadah tangan memohon petunjukNYA..berharap segala jawapan akan ku peroleh..berharap segala kekusutan akan terlerai..berharap segala masalah akan selesai..aku menangis..menangis semahu-mahunya..aku tidak malu utk menangis dihadapanMu..kerana aku tahu hanya ENGKAU yg memahami ku..


           usai solat, aku bersiap2 utk keluar..aku perlukan ketenangan..dan berharap ketenangan yg dicari akan kekal utk selamanya..sesekali deruan ombak memecah  kesunyian disekelilingku..aku bahagia berada di sini..berhadapan dgn lautan yg luas..ditemani awan biru yg masih 'gagah berdiri'..sambil melayan perasan..seolah2 hidup ku terhenti di situ..



indahnya ciptaan-MU

           aku jadi asyik,terlupa segala masalah yg menimpaku..leka..tanpa paksaan,fikiranku mula mnjalankan kerjanya.. berkira-kira mencari jawapan kpd semua soalan yg bermain di benakku tadi..akhirnya..masa yg dituggu tiba jua..jawapan yg ku nanti telah kutemui..aku jadi tidak sabar menanti 'sinar' itu..


1~yaa...memang aku diuji dgn mcm2 dugaan..sebab ALLAH dah kata..
 “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
2~yaa..mmg aku rasa aku sorang ada maslah..tp hakikatnya, semua org ada masalah masing2.. xsemestinya org 2 berharta, hati dia sentiasa tenang..ternyata, dia juga diuji ole yg Maha ESA..
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
3~yaa..kita ini mmg akan sentiasa diuji..sama ada kita suka atau tidak, kita akan diuji juga, sesuia dgn Firman Allah s.w.t yg bermaksud..
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
4~yaa..mmg aku rasa aku x mampu nk tanggung semua masalah ni..x terdaya nk hadapi dugaan dr-NYA..tp hakikatnya, ALLAH dh kata..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
segala kekusutan terlerai sudah..aku perlu tabah menghadapi dugaan hidup ni..aku perlu kuat menjalani watak sbgai 'AKU' dipentas dunia yg sementara ini..aku kena ingat,wlau apa yg terjadi, hidup perlu diteruskan.SABAR.. itu yg paling penting..tunjang yg perlu aku semat kukuh di dlm sanubariku..
Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari
* Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”

 
betapa rindunya aku pada memori ini..andai bisa kuputar kan masa..
           YA ALLAH..tabahkan hati hambamu dlm menempuh segala ranjau perjalanan ini..tetapkan IMAN  ku hanya pada-MU YA ALLAH..sesungguhnya,ENGKAU Maha Adil dan Maha Penyayang..akhirnya 'SINAR' yg kucari telah kuperoleh.. SINAR-MU YA RABB...keranu-MU aku masih bernafas..kerana-MU aku masih disini..syukran ya ALLAH..